Skip to main content

PENGENALAN

Unit Aset berperanan menguruskan aktiviti Pengurusan Aset Alih Universiti yang meliputi aspek Penerimaan, Pendaftaran, Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan Penyelenggaraan, Pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kira Aset.

FUNGSI ASET

Pendaftaran

  1. Menguruskan pendaftaran aset Universiti
  2. Menyimpan dan mengemaskini Daftar Aset Universiti untuk keperluan pengurusan Universiti, Pihak Audit, Kementerian serta pihak luar


Pemeriksaan

  1. Menguruskan penglabelan aset Universiti dengan mengeluarkan label harta (barcode)
  2. Menjalankan aktiviti pemeriksaan fizikal terhadap aset Universiti


Pelupusan

  1. Menguruskan aktiviti pelupusan aset Universiti bagi aset yang telah rosak,usang dan sebagainya mengikut kaedah yang telah ditetapkan
  2. Menjadi Sekretariat Mesyuarat JK Pelupusan Aset Dan Barang
  3. Menjadi Sekretariat Mesyuarat JK Pelupusan Peralatan Komputer


Kehilangan & Hapus Kira

  1. Menguruskan kes kehilangan dan hapus kira aset Universiti bagi ketiga-tiga kampus
  2. Menjadi Sekretariat Mesyuarat JKKehilangan dan Hapus kira


Pelaporan

  1. Menyediakan laporan Pendaftaran, Pemeriksaan, Pelupusan dan Kehilangan Aset untuk Mesyuarat JK Pengurusan Aset Alih Universiti , JPKA dan JTK
  2. Menyediakan Penyata Aset Tahunan


Maklumbalas Audit Dan Pengurusan Usm

  1. Menyedia senarai aset yang lengkap untuk kegunaan pihak Pengurusan Universiti dan pelaporan kepada pihak Audit sekiranya dikehendaki
  2. Membantu pihak pengurusan Jabatan Bendahari menjawab pertanyaan pihak Audit berhubung pengurusan aset Universiti

PENGURUSAN ASET ALIH

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007 yang meliputi:

  1. Penerimaan Aset
  2. Pendaftaran Aset
  3. Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan Aset
  4. Penyenggaraan Aset
  5. Pelupusan Aset
  6. Kehilangan dan Hapus Kira Aset Alih


Penerimaan Aset

  1. Memastikan setiap aset yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan
  2. Menentukan kualiti dan kuantiti sebenar mengikut pesanan
  3. Memastikan aset diterima dalam keadaan yang baik, sempurna dan selamat untuk digunakan


Pendaftaran Aset

  1. Mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan kemas kini
  2. Memudahkan pengesanan dan pemantauan
  3. Membolehkan keadaan aset diketahui
  4. Memudahkan penyenggaraan, pelupusan dan penggantian asset


Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan Aset

  1. Mengurangkan pembaziran
  2. Menjimatkan kos
  3. Mencapai jangka hayat
  4. Mencegah penyalahgunaan
  5. Mengelakkan kehilangan


Penyelenggaraan Aset

  1. Memastikan aset berfungsi dengan lancar secara berterusan dan selamat digunakan
  2. Memelihara dan memanjangkan jangka hayat
  3. Meningkatkan keupayaan
  4. Mengurangkan kerosakan
  5. Mendapatkan ketahanan maksimum sejajar dengan perbelanjaan


Pelupusan Aset

  1. Memastikan PTJ/Universiti tidak menyimpan aset yang tidak boleh digunakan atau tidak diperlukan
  2. Menjimatkan ruang simpanan/pejabat
  3. Memastikan pelupusan boleh menjana hasil kepada Universiti/Kerajaan
  4. Memastikan kaedah pelupusan yang dipilih bersifat mesra alam dan lestari


Kehilangan dan Hapus Kira Aset Alih

  1. Menyelaras rekod asset
  2. Mengawal kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan akibat kehilangan asset
  3. Meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap kepentingan keselamatan aset kerajaan
  4. Membolehkan tindakan surcaj atau tatatertib dikenakan ke atas kecuaian pegawai

PENGURUSAN INSURANS ASET UNIVERSITI

Pengurusan Insurans Universiti dalam konteks (Aset):

  1. Tuntutan Insuran Kebakaran
  2. Tuntutan Insuran Kecurian
  • Tuntutan Insuran Alatan Saintifik dan Alatan Muzium

Tuntutan Insuran Kebakaran

  1. Memberi perlindungan terhadap bangunan-bangunan Universiti, alat kelengkapan di dalam bangunan, pemasangan elektrik, peralatan, perabot di pejabat dan buku-buku perpustakaan milik Universiti Sains Malaysia dan ditauliahkan serta diamanahkan kepada Kampus Kesihatan (termasuk HUSM), Kampus Kejuruteraan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Bertam, Kampus Penyelidikan, Bukit Jambul dan Pusat-Pusat Wilayah RPJJ di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.

Tuntutan Insuran Kecurian

  1. Memberi perlindungan kepada Universiti terhadap bahan dan alat kelengkapan dari kecurian dan pecah masuk.

Tuntutan Insuran Alatan Saintifik dan Alatan Muzium

  1. Memberi perlindungan kecurian/kerosakan kepada Universiti terhadap peralatan yang di bawa ke luar kawasan kampus untuk tujuan penyelidikan oleh staf Universiti atau dipinjam kepada masyarakat luar sebagai community service.
  2. Polisi ini juga meliputi kehilangan seperti disebabkan oleh pecah masuk, kerosakan akibat kebakaran, atau apa keadaan yang tidak dijangka yang berlaku dalam kawasan yang dilindungi.

(Tertakluk kepada syarat – syarat yang telah ditetapkan)

CARTA ORGANISASI

SEDANG DIKEMASKINI...