Utama

Unit Akaun Pelajar merupakan unit yang menguruskan yuran-yuran pelajar Penuh Masa, Ijazah Tinggi dan Jarak Jauh. Unit ini juga menguruskan khidmat bagi penaja-penaja menyalurkan biasiswa dan pinjaman kepada pelajar dan akaun-akaun berkaitan aktiviti dan persatuan pelajar.

 

Fungsi Kewangan Pelajar

Pengurusan Caj Yuran Pelajar

  1. Mengurus caj yuran kepada semua pelajar USM Ijazah Pertama Penuh Masa dan Jarak Jauh serta Ijazah Tinggi.
  2. Memastikan data penyata pelajar sentiasa dikemaskini bagi membolehkan pelajar mengetahui status terkini penyata mereka.


Pengurusan Pinjaman/Biasiswa Penaja Dalam dan Luar Negara

  1. Memastikan data yuran pelajar dimasukkan ke dalam Sistem Maklumat Pelajar untuk dihantar kepada PTPTN dalam tempoh yang ditetapkan.
  2. Mengurus dan mengemaskini kutipan yuran pelajar dari pelajar dan penaja dan mengeluarkan penyata kewangan kepada pelajar bagi setiap semester.
  3. Menguruskan bayaran biasiswa dan pinjaman kepada pelajar.


Pengurusan Bantuan/Pinjaman daripada Universiti

  1. Menguruskan pinjaman untuk pelajar-pelajar baru.
  2. Menguruskan pinjaman jangka pendek pelajar.
  3. Menguruskan pinjaman jangka panjang pelajar.
  4. Menguruskan bantuan zakat kepada pelajar yang layak.


Pengurusan Urusan Kewangan Kegiatan Pelajar

  1. Mengurus akaun-akaun berkaitan aktiviti dan persatuan pelajar.


Pengurusan Bayaran Elaun/Sara Hidup/Fellowship Pelajar

  1. Menguruskan pembayaran elaun-elaun sara hidup, fellowship dan siswazah pembantu.


Penafian    |    Dasar Privasi    |    Piagam Pelanggan    |    Dasar Keselamatan    |    Peta Laman    |    Galeri    |    Hakmilik     
iconadminblack icfb ictwit icrss icyoutube


  >  Penafian   
  >  Dasar Privasi
  >  Piagam Pelanggan    
  >  Dasar Keselamatan
  >  Peta Laman
  >  Galeri
  >  Hakmilik   
  > 
iconadminblack icfb ictwit icrss icyoutube