Penubuhan Lembaga dan Jawatankuasa-jawatankuasa Kewangan Universiti adalah bagi mengatur dan mengawal semua aktiviti kewangan Universiti. Lembaga / Jawatankuasa-jawatankuasa Kewangan Universiti adalah:

1.        Lembaga Gabenor Universiti (LGU)

Lembaga hendaklah menjadi badan yang mengelola, membuat dasar dan mengawasi Universiti dan boleh menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Universiti kecuali setakat yang kuasa itu diberikan oleh Perlembagaan atau statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan kepada Pihak Berkuasa, Badan atau kepada pegawai lain Universiti [Seksyen 21(1) Perlembagaan] dan lain-lain kuasa di bawah Seksyen 21(3) Perlembagaan.

 

2.        Jawatankuasa Tetap Kewangan

Jawatankuasa Tetap Kewangan ditubuhkan oleh Lembaga bagi mengatur dan mengawal kewangan Universiti [Seksyen 50 (1) Perlembagaan] dan menjalankan tugas mengikut terma rujukan dan kuasa yang ditentukan oleh Lembaga. Berikut adalah jawatankuasa-jawatankuasa utama yang melaporkan di bawah JTK:

     2.1 JAWATANKUASA PEROLEHAN

          2.1.1 Lembaga Perolehan

          2.1.2 Jawatankuasa Pra Tender Alatan

          2.1.3 Jawatankuasa Pra Tender Kerja

          2.1.4 Jawatankuasa Sebutharga Universiti

          2.1.5 Rundingan Terus

          2.1.6 Rundingan Harga

          2.1.7 Jawatankuasa Sebutharga PTJ

 

     2.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET UNIVERSITI

          2.2.1 Jawatankuasa Pelupusan Aset dan Barang (JPAB)

          2.2.2 Jawatankuasa Pelupusan Peralatan Komputer (JPPK)

          2.2.3 Jawatankuasa Kehilangan dan Hapuskira (JKHK)

 

     2.3 JAWATANKUASA PENETAPAN FI DAN BAYARAN (JKFB)

          2.3.1 Jawatankuasa Penetapan Fi dan Bayaran A (Program Akademik)

          2.3.2 Jawatankuasa Penetapan Fi dan Bayaran B (Lain-Lain Aktiviti Penjanaan Pendapatan)

 

     2.4 JAWATANKUASA PELABURAN DANA, PERNIAGAAN DAN HARTANAH

 

     2.5 JAWATANKUASA PENYIASATAN AP59

 

3.        JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA)

Ditubuhkan bagi membantu meningkatkan tahap kecekapan Pengurusan Kewangan. Jawatankuasa ini juga akan memberi perhatian kepada teguran audit sama ada dari Audit Dalam mahupun Audit Luar. JPKA bertanggungjawab mengenalpasti, menanggani serta mengurangkan isu pengurusan kewangan dan akaun.

 

Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Bendahari. Maklumat yang terkandung merupakan maklumat terkini yang turut merangkumi maklumat berkenaan peraturan dan pekeliling yang berkaitan Kewangan Universiti.

Hubungi Kami

Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori, 11800, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 6534288
Fax : +604 - 6574854  |  icon admin