Pencapaian

Salah satu langkah penting Kerajaan untuk mempertingkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan di agensi Kerajaan, Kerajaan telah menetapkan bahawa semua sistem kewangan perlu dinilai bagi memastikan ianya memenuhi segala keperluan perakaunan dan pengauditan yang ditetapkan oleh Kerajaan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1 Tahun 2011. eFAS telah dinilai dan merupakan IPTA pertama yang mendapat pengiktirafan Sijil Pematuhan SAGA daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada 15 Disember 2011. eFAS telah menepati kriteria perakaunan yang ditetapkan oleh kerajaan dan memenuhi semua Prinsip Perakaunan Diterima Umum (Generally Accepted Accounting Principles) yang ditetapkan bagi laporan kewangan. Pada tahun 2014, eFAS sekali lagi dinilai melalui sistem ePayment dan telah mendapat pentauliahan Malaysia Trustmark Sektor Awam (MTSA) oleh MAMPU pada 27 Mei 2014. Ini membuktikan ePayment telah menyediakan prasarana kebolehpercayaan bagi meningkatkan perkhidmatan yang kompetetif dan telus serta meningkatkan keyakinan pengguna terhadap kesahihan maklumat di laman web yang menyediakan perkhidmatan online.
  • Hits: 1483
Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Bendahari. Maklumat yang terkandung merupakan maklumat terkini yang turut merangkumi maklumat berkenaan peraturan dan pekeliling yang berkaitan Kewangan Universiti.

Hubungi Kami

Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori, 11800, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 6534288
Fax : +604 - 6574854  |  icon admin