Utama
Sistem Kewangan dan Perakaunan USM (eFAS) dibangunkan dengan menekankan ciri-ciri kawalan dan pemantauan agar dapat menyokong Pengurusan Universiti dalam membuat keputusan kewangan. Ianya terdiri daripada 7 pakej merangkumi keperluan semua peringkat pelanggan melalui:
- Perancangan kewangan dalam penjanaan dana bagi menampung operasi dan perkembangan Universiti.
- Kawalan dan pemantauan dalam operasi kewangan dan perakaunan Universiti.
- Pengurusan perolehan Universiti.
- Pengurusan pembayaran kepada pelanggan sama ada pelanggan dalaman atau luaran Universiti.
- Pengurusan hasil dan penerimaan bagi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Universiti.
- Penyediaan maklumat kewangan dan perakaunan kepada pengguna.
- Penyediaan bantuan sokongan aplikasi dan teknikal kepada pengguna eFAS.
Fungsi Seksyen Pengurusan Sistem & Kos
Pengurusan Data Dan Kos
- Urusan kawalan dan penyelenggaraan Carta Akaun USM
- Memproses cetakan cek dan pembayaran melalui Interbank Giro
- Memproses dan mengemaskini profail pembekal dalaman USM
- Urusan permohonan, simpanan dan pengeluaran stok cek USM
- Urusan semakan dan pemantauan keperluan tunai untuk tujuan pembayaran
- Semakan, kawalan dan pemantauan Akaun Belum Bayar USM
- Urusan penyata/laporan kewangan serta penjanaan/analisa laporan/statistik kewangan
Pengurusan Sistem
- Perancangan keperluan Sistem Kewangan dan Perakaunan USM (eFAS) dan sistem sokongan
- Perancangan spesifikasi eFAS dan sistem sokongan
- Urusan projek eFAS
- Urusan ujian dan implimentasi projek eFAS
- Pembangunan modul latihan eFAS
- Pelaksanaan latihan, bantuan dan sokongan aplikasi eFAS kepada pengguna
- Penutupan Akaun USM – Roll Over