Jenis Perolehan
Bekalan
Perolehan barangan sama ada barangan luak atau tidak luak yang dibekal bagi menjalankan sesuatu aktiviti, program atau projek sesebuah organisasi. Ia merupakan input nyata bagi sesuatu proses kerja atau perkhidmatan.
Contoh: alatulis, bahan kimia, perabot, peralatan makmal dan kenderaan
Kerja
Perolehan yang melibatkan kerja-kerja pembinaan dan sivil seperti bangunan, jalan, naiktaraf infrastruktur, kerja-kerja mekanikal dan elektrikal
Perkhidmatan
Perolehan yang ditakrifkan sebagai khidmat tenaga manusia atau kepakaran/ kemahiran yang diperolehi untuk menyiapkan sesuatu kerja. Terdapat dua jenis perkhidmatan:
- Perkhidmatan perunding meliputi semua jenis kajian seperti kajian ekonomi, penswastaan, pengurusan, pembangunan fizikal yang memerlukan input seperti senibina, kejuruteraan dan kerja-kerja ukur, pengurusan perundangan dan perkhidmatan kepakaran dalam bidang-bidang khusus seperti alam sekitar dan pertanian
- Perkhidmatan bukan perunding meliputi perkhidmatan seperti pengendalian kursus dan latihan, penyenggaraan/pembaikan, pencucian/pembersihan, penyewaan dan pengurusan bangunan
- Hits: 4463