Pengurusan Perakaunan
Penyediaan penyata kewangan tahunan Universiti dan Kumpulan
- Memastikan setiap unit di Jabatan Bendahari mematuhi SOP penutupan akaun akhir tahun dengan penyediaan jadual penutupan akaun tahunan untuk edaran PTJ dan dalaman Jabatan Bendahari
- Penyediaan penyata kewangan tahunan untuk dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara
Penyediaan fail-fail jadual sokongan yang telah disatukan bagi memudahkan kerja-kerja pengauditan
Penyatuan jadual sokongan semua kampus dan memastikan ianya seimbang dengan lejer am
Penyatuan dokumen sokongan dan penyediaan fail Mesyuarat Exit Conference dengan Jabatan Audit Negara
Menyatukan semua maklumbalas teguran audit dalam Surat/Laporan Pengurusan Audit
Penyediaan Nota Jemaah Menteri dan Memorandum Jemaah Menteri mengikut format yang telah ditetapkan
Nota Jemaah Menteri dan Memorandum Jemaah Menteri yang telah dimuktamadkan maklumat kewangan dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Institusi untuk disatukan serta dihantarkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
Penyediaan kertas kerja Penyata Kewangan Tahunan Universiti untuk perakuan Jawatankuasa Tetap Kewangan
Mengemukakan kertas kerja Penyata Kewangan Tahunan Universiti untuk perakuan Jawatankuasa Tetap Kewangan yang telah dimuktamadkan kepada urusetia JTK untuk tindakan selanjutnya
Penyediaan kertas kerja Penyata Kewangan Tahunan Universiti untuk kelulusan Lembaga Gabenor Universiti
Mengemukakan kertas kerja Penyata Kewangan Tahunan Universiti untuk kelulusan Lembaga Gabenor Universiti yang telah dimuktamadkan kepada urusetia LGU untuk tindakan selanjutnya
Mengenalpasti keperluan dan penyediaan laporan tahunan dan penyata kewangan tahun semasa
- Mengemukakan laporan tahunan dan penyata kewangan yang telah dimuktamadkan kepada Bahagian Pembangunan Institusi (BPI) mengikut jadual yang telah dipersetujui untuk tindakan penyatuan dan suntingan
- Memastikan Laporan Tahunan Universiti dikemukakan sebanyak 60 naskah oleh Bahagian Pembangunan Institusi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh yang telah ditetapkan
Pengurusan mesyuarat dan penyediaan fail mesyuarat Jawatakuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Universiti
Mengurus tarikh mesyuarat sepanjang tahun, notis panggilan mesyuarat, agenda mesyuarat, kehadiran ahli dan jemputan mesyuarat, minit mesyuarat, maklumbalas mesyuarat (jika ada) dan penyediaan fail mesyuarat
Pengurusan laporan Jawatakuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun peringkat Kementerian dan Universiti
Menyemak dan membuat analisis laporan Jawatakuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun peringkat Kementerian dan Universiti serta mengemukakan laporan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut tarikh yang telah ditetapkan
Pengurusan transaksi antara kampus
Menyemak dan memastikan transaksi antara kampus Universiti diselarasakan dari semasa ke semasa
Pengurusan transaksi antara universiti dan subsidiari
Menyemak dan memastikan setiap transaski antar univerisi dan syarikat subsidiary diselaraskan dari semasa ke semasa
- Hits: 2761