Operasi Bayaran Pembekal
Unit Operasi Bayaran Pembekal bertanggunjawab terhadap
- Pengurusan bayaran kepada Pembekal dan Kontraktor
- Pengurusan bayaran bil utiliti
- Pengurusan Panjar Wang Runcit Pusat Tanggungjawab dan Projek Penyelidikan
- Urusan Pembayaran Pengajar Sambilan
Jenis-Jenis Pembayaran
- Pembayaran kepada pembekal / kontraktor
- Pembayaran kepada pensyarah / penceramah / fasilitator sambilan
- Panjar wang runcit
- Pembayaran melalui Draf Bank / Pindahan Telegrafik
Tanggungjawab Bagi Perbelanjaan Yang Tidak Dibenarkan
- Pegawai yang membenarkan perbelanjaan dilakukan tanpa kuasa akan dipertanggungjawabkan sendiri bagi jumlah yang dibelanjakan.
Semakan Sebelum Pembayaran
Sebelum membuat pembayaran, PTJ hendaklah menentukan tentang perkara perkara tersebut:
- Baki peruntukan mencukupi untuk melakukan pembayaran;
- Semua dokumen perlu disahkan serta berada dalam keadaan lengkap dan teratur;
- Pembelian aset alih perlu didaftarkan terlebih dahulu dan salinan Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) dan Daftar Inventori (KEW.PA-3); dan
- Mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan boleh dibayar.
Pengurusan Panjar Wang Runcit (PWR)
PWR adalah sejumlah wang yang diberi kepada Ketua PTJ untuk membolehkannya membuat pembayaran kecil yang segera dan perbelanjaan runcit tanpa perlu dipertanggungjawabkan terlebih dahulu kepada sesuatu maksud perbelanjaan.
Oleh itu, PTJ boleh membuat pembelian kecil dengan menggunakan PWR untuk semua pembayaran atas sesuatu resit yang tidak melebihi RM500.00.
Walau bagaimanapun, kemudahan PWR tidak boleh digunakan untuk membayar elaun perjalanan, sara hidup, yuran, upah dan lain-lain bayaran yang boleh dibayar melalui baucar pembayaran.
Kebenaran Menguruskan PWR
Ketua PTJ hendaklah melantik dua orang pegawai yang menjadi juruwang dan pegawai yang meluluskan pembayaran melalui PWR. Jabatan Bendahari akan mengeluarkan surat kuasa mengendalikan PWR kepada Ketua PTJ selaku Pemegang PWR.
Pemeriksaan Berkala
Jabatan Bendahari atau Ketua PTJ atau pegawai yang diberi kuasa olehnya berhak membuat pemeriksaan mengejut pada bila-bila masa sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan pengurusan PWR dibuat dengan teratur.
- Hits: 1100