Utama
Unit Akaun Pelajar merupakan unit yang menguruskan yuran-yuran pelajar Penuh Masa, Ijazah Tinggi dan Jarak Jauh. Unit ini juga menguruskan khidmat bagi penaja-penaja menyalurkan biasiswa dan pinjaman kepada pelajar dan akaun-akaun berkaitan aktiviti dan persatuan pelajar.
Fungsi Kewangan Pelajar
Pengurusan Caj Yuran Pelajar
- Mengurus caj yuran kepada semua pelajar USM Ijazah Pertama Penuh Masa dan Jarak Jauh serta Ijazah Tinggi.
- Memastikan data penyata pelajar sentiasa dikemaskini bagi membolehkan pelajar mengetahui status terkini penyata mereka.
Pengurusan Pinjaman/Biasiswa Penaja Dalam dan Luar Negara
- Memastikan data yuran pelajar dimasukkan ke dalam Sistem Maklumat Pelajar untuk dihantar kepada PTPTN dalam tempoh yang ditetapkan.
- Mengurus dan mengemaskini kutipan yuran pelajar dari pelajar dan penaja dan mengeluarkan penyata kewangan kepada pelajar bagi setiap semester.
- Menguruskan bayaran biasiswa dan pinjaman kepada pelajar.
Pengurusan Bantuan/Pinjaman daripada Universiti
- Menguruskan pinjaman untuk pelajar-pelajar baru.
- Menguruskan pinjaman jangka pendek pelajar.
- Menguruskan pinjaman jangka panjang pelajar.
- Menguruskan bantuan zakat kepada pelajar yang layak.
Pengurusan Urusan Kewangan Kegiatan Pelajar
- Mengurus akaun-akaun berkaitan aktiviti dan persatuan pelajar.
Pengurusan Bayaran Elaun/Sara Hidup/Fellowship Pelajar
- Menguruskan pembayaran elaun-elaun sara hidup, fellowship dan siswazah pembantu.