Utama
Mengendalikan pengurusan Belanjawan Universiti, merangkumi Kumpulan Wang Mengurus, Pembangunan, Am dan Enterprise di bawah seliaan Seksyen Belanjawan, serta Universiti Penyelidikan
Fungsi Belanjawan
- Penyediaan Cadangan/Permohonan Anggaran Belanjawan Tahunan Universiti
Menyelaraskan penyediaan cadangan/permohonan anggaran Belanjawan Tahunan Universiti kepada pihak Agensi Pusat berdasarkan penetapan halatuju/fokus Universiti
- Pengurusan Mesyuarat Belanjawan
Mengurus pelaksanaan Mesyuarat Pemeriksaan Belanjawan Tahunan Universiti dan mesyuarat lain berhubung pengurusan belanjawan Universiti
- Pengurusan Agihan Belanjawan Tahunan
Mengurus Agihan Belanjawan Tahunan kepada PTJ mengikut Kumpulan Wang dan komponen
- Pengurusan Pergerakan Peruntukan
Mengurus permohonan oleh PTJ bagi pergerakan peruntukan/pindaan, sepanjang tahun merangkumi pindaan senarai asset
- Pengurusan Muatnaik Peruntukan ke Sistem Kewangan
Mengurus proses muatnaik peruntukan ke dalam sistem kewangan bagi PTJ/aktiviti yang telah diluluskan merangkumi kemaskini pergerakan peruntukan, maklumat alatan serta geran penyelidikan sepanjang tahun
- Penyediaan Laporan
Menyediakan laporan berhubung belanjawan kepada pihak Pengurusan Universiti dan Agensi Pusat di bawah seliaan Seksyen Belanjawan
- Pemantauan Prestasi
Memantau prestasi kewangan program/aktiviti di bawah seliaan Seksyen Belanjawan
- Khidmat Nasihat
Memberi khidmat nasihat dan sebagai sumber rujukan berhubung belanjawan Universiti