Belanjawan Kumpulan Wang Universiti

Belanjawan Kumpulan Wang Mengurus
Merupakan peruntukan tahunan yang diagihkan kepada sesuatu pusat tanggungjawab (PTJ) untuk membiayai kos operasi tahunan, merangkumi komponen Dasar Sedia Ada, Dasar Baru dan Dasar One-Off bagi membiayai keperluan untuk keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang perlu dibelanjakan dalam tahun semasa. Sumber peruntukan adalah dari Geran Kerajaan dan Sumber Dalaman Universiti

Belanjawan Universiti Penyelidikan
Merupakan peruntukan yang diagih kepada PTJ untuk membiayai aktiviti/program/projek yang telah dikenapasti oleh Universiti dan yang perlu dibelanjakan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sumber peruntukan adalah dari Geran Kerajaan

Belanjawan Kumpulan Wang Pembangunan
Merupakan peruntukan yang membiayai projek-projek pembangunan, peralatan dan kerja pembaikan/naiktaraf di mana kos yang terlibat adalah amat tinggi dan dilaksanakan dalam tempoh melebihi satu tahun (satu hingga lima tahun, berdasarkan perancangan pelaksanaan projek). Sumber peruntukan adalah dari Geran Kerajaan

Belanjawan Kumpulan Wang Am Dan Enterprise
Merupakan peruntukan yang membiayai aktiviti kumpulan wang tertentu dan dilaksanakan dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam terma rujukan Kumpulan Wang berkenaan, merangkumi aktiviti penjanaan pendapatan. Sumber peruntukan adalah dari hasil penjanaan pendapatan pusat tanggungjawab (PTJ), sumbangan pihak luar dan lain-lain seperti yang ditentukan dalam terma rujukan Kumpulan Wang berkenaan

  • Hits: 2562
Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Bendahari. Maklumat yang terkandung merupakan maklumat terkini yang turut merangkumi maklumat berkenaan peraturan dan pekeliling yang berkaitan Kewangan Universiti.

Hubungi Kami

Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori, 11800, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 6534288
Fax : +604 - 6574854  |  icon admin