• PENGENALAN

    Mengurus bayaran kepada semua pembekal Universiti, merangkumi bayaran di bawah Kumpulan Wang Mengurus, Kumpulan Wang Amanah, Kumpulan Wang Penyelidikan & APEX, Pembangunan dan Enterprise serta Emolumen dan Tuntutan Staf.

  • FUNGSI KEWANGAN PEMBEKAL

    1. Menggubal dan menyediakan prosedur, prinsip, polisi, tatacara dan kawalan dalaman pengurusan bayaran untuk dilaksanakan oleh Universiti

    2. Mentadbir dan memantau dasar-dasar berkaitan pengurusan akaun belum bayar Universiti

    3. Mentadbir dan memantau dasar-dasar berkaitan pengurusan kewangan akaun amanah

    4. Mentadbir dan memantau dasar-dasar berkaitan pengurusan kewangan projek pembangunan Universiti

    5. Memantau dasar-dasar berkaitan pengurusan bayaran anak syarikat Universiti

    6. Menerima dan memantau aduan-aduan terhadap aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pengurusan bayaran Universiti
  • OPERASI BAYARAN PEMBEKAL

    Unit Operasi Bayaran Pembekal bertanggunjawab terhadap

    1. Pengurusan bayaran kepada Pembekal dan Kontraktor
    2. Pengurusan bayaran bil utiliti
    • Pengurusan Panjar Wang Runcit Pusat Tanggungjawab dan Projek Penyelidikan
    1. Urusan Pembayaran Pengajar Sambilan

    Jenis-Jenis Pembayaran

    1. Pembayaran kepada pembekal / kontraktor
    2. Pembayaran kepada pensyarah / penceramah / fasilitator sambilan
    • Panjar wang runcit
    1. Pembayaran melalui Draf Bank / Pindahan Telegrafik

    Tanggungjawab Bagi Perbelanjaan Yang Tidak Dibenarkan

    1. Pegawai yang membenarkan perbelanjaan dilakukan tanpa kuasa akan dipertanggungjawabkan sendiri bagi jumlah yang dibelanjakan.

    Semakan Sebelum Pembayaran

    Sebelum membuat pembayaran, PTJ hendaklah menentukan tentang perkara perkara tersebut:

    1. Baki peruntukan mencukupi untuk melakukan pembayaran;
    2. Semua dokumen perlu disahkan serta berada dalam keadaan lengkap dan teratur;
    • Pembelian aset alih perlu didaftarkan terlebih dahulu dan salinan Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) dan Daftar Inventori (KEW.PA-3); dan
    1. Mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan boleh dibayar.

    Pengurusan Panjar Wang Runcit (PWR)

    PWR adalah sejumlah wang yang diberi kepada Ketua PTJ untuk membolehkannya membuat pembayaran kecil yang segera dan perbelanjaan runcit tanpa perlu dipertanggungjawabkan terlebih dahulu kepada sesuatu maksud perbelanjaan.

    Oleh itu, PTJ boleh membuat pembelian kecil dengan menggunakan PWR untuk semua pembayaran atas sesuatu resit yang tidak melebihi RM500.00.

    Walau bagaimanapun, kemudahan PWR tidak boleh digunakan untuk membayar elaun perjalanan, sara hidup, yuran, upah dan lain-lain bayaran yang boleh dibayar melalui baucar pembayaran.

    Kebenaran Menguruskan PWR

    Ketua PTJ hendaklah melantik dua orang pegawai yang menjadi juruwang dan pegawai yang meluluskan pembayaran melalui PWR. Jabatan Bendahari akan mengeluarkan surat kuasa mengendalikan PWR kepada Ketua PTJ selaku Pemegang PWR.

    Pemeriksaan Berkala

    Jabatan Bendahari atau Ketua PTJ atau pegawai yang diberi kuasa olehnya berhak membuat pemeriksaan mengejut pada bila-bila masa sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan pengurusan PWR dibuat dengan teratur.

  • KAWALAN BAYARAN PEMBEKAL

    Unit Kewangan Bayaran Pembekal bertanggungjawab terhadap

    1. Pengurusan bayaran kemajuan kepada kontraktor dan perunding
    2. Pemberian Tunai Projek Penyelidikan
    • Bayaran elaun cuti sabatikal dan cuti belajar
    1. Penyediaan laporan berkala berkaitan pembayaran pembekal & tuntutan lain.

    Pemberian Tunai Projek Di Bawah Geran Universiti Penyelidikan

    Projek-projek penyelidikan di bawah geran Universiti Penyelidikan telah melaksanakan kaedah pemberian tunai bagi tujuan pembelian runcit. Ini adalah untuk membantu menjayakan agenda penyelidikan Universiti. Berikut adalah tatacara berkaitan pemberian tunai dibawah geran Universiti Penyelidikan.

    1. Ketua projek yang mempunyai projek di bawah geran Universiti Penyelidikan boleh memohon untuk mendapatkan pemberian tunai dari Jabatan Bendahari.
    2. Jabatan Bendahari boleh mempertimbangkan dan meluluskan pemberian tunai kepada projek Universiti Penyelidikan mengikut had seperti berikut:

    Bil

    Butiran

    Amaun Kelayakan (RM)

    1

    Projek Penyelidikan Utama 
    (nilai geran ≥ RM200,000.00)

    1,000.00

    2

    Projek Penyelidikan 
    (nilai geran < RM200,000.00)

    500.00

    (Rujuk Surat Edaran Bendahari Bil1/2009)

  • CARTA ORGANISASI

    SEDANG DIKEMASKINI...

Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Bendahari. Maklumat yang terkandung merupakan maklumat terkini yang turut merangkumi maklumat berkenaan peraturan dan pekeliling yang berkaitan Kewangan Universiti.

  • Last Modified: Tuesday 03 December 2024.
Hubungi Kami

Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori, 11800, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 6534288
Fax : +604 - 6574854  |  icon admin