JABATAN BENDAHARI KAMPUS KEJURUTERAAN USM TERIMA ANUGERAH KEPATUHAN ORGANISASI KWSP

 

a1

SEBERANG JAYA, 30 November 2016 - Jabatan Bendahari, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan salah satu daripada lima organisasi yang menerima penghargaan khas daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini hari ini.

Menurut Timbalan Bendahari, Jabatan Bendahari, Kampus Kejuruteraan, Norehan Mohd Basheer berkata, penghargaan tersebut diberikan di atas kepatuhan organisasi terhadap Akta KWSP 1991 dan komitmen menjelaskan caruman dengan teratur pada setiap bulan.

"Kita merupakan salah satu organisasi yang telah memberikan komitmen terbaik bagi tempoh tiga tahun iaitu dari 2014 sehingga 2016", katanya.

Menurutnya lagi, penilaian dibuat oleh Ibu Pejabat KWSP berdasarkan pematuhan kepada masa, ketepatan maklumat dan konsisten sepanjang tiga tahun tanpa gagal.

Jabatan Bendahari, Kampus Kejuruteraan, USM merupakan antara lima organisasi terbaik di bawah kawalan KWSP, cawangan Seberang Jaya yang mengawal sebanyak 21,000 organisasi dibawahnya.

Sijil penghargaan disampaikan oleh Ketua Negeri, KWSP, Pulau Pinang, Aminuddin Abdul Aziz dalam majlis ringkas di Hotel Sunway Seberang Jaya.

Pengurusan KWSP Seberang Jaya turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pengurusan universiti.

  • Hits: 1597
Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Bendahari. Maklumat yang terkandung merupakan maklumat terkini yang turut merangkumi maklumat berkenaan peraturan dan pekeliling yang berkaitan Kewangan Universiti.

Hubungi Kami

Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori, 11800, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 6534288
Fax : +604 - 6574854  |  icon admin