SESSION@BURSAR
Pulau Pinang, 14 Oktober2017 - Dalam usaha memantapkan lagi mutu perkhidmatan, Jabatan Bendahari telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik dan Latihan Fungsian (Session@Bursar) bertempat di Auditorium Haji Murad Mohd Nor, Kampus Sains@USM, Bukit Jambul.
Objektif penganjuran bengkel tersebut adalah bagi menilai semula prestasi sedia ada Jabatan dan menentukan hala tuju serta mempersiap-siagakan Jabatan dalam mendepani cabaran mendatang. Bengkel yang dipengerusikan oleh Dr. Rohayati Mohd Isa, Bendahari USM telah dihadiri oleh semua staf pengurusan dan profesional dari Kampus Induk, Kejuruteraan, Kesihatan dan IPPT.
- Hits: 950