PENGENALAN
Mengendalikan pengurusan Belanjawan Universiti, merangkumi Kumpulan Wang Mengurus, Pembangunan, Am dan Enterprise di bawah seliaan Seksyen Belanjawan, serta Universiti Penyelidikan.
FUNGSI BELANJAWAN
- Penyediaan Cadangan/Permohonan Anggaran Belanjawan Tahunan Universiti
Menyelaraskan penyediaan cadangan/permohonan anggaran Belanjawan Tahunan Universiti kepada pihak Agensi Pusat berdasarkan penetapan halatuju/fokus Universiti - Pengurusan Mesyuarat Belanjawan
Mengurus pelaksanaan Mesyuarat Pemeriksaan Belanjawan Tahunan Universiti dan mesyuarat lain berhubung pengurusan belanjawan Universiti
- Pengurusan Agihan Belanjawan Tahunan
Mengurus Agihan Belanjawan Tahunan kepada PTJ mengikut Kumpulan Wang dan komponen
- Pengurusan Pergerakan Peruntukan
Mengurus permohonan oleh PTJ bagi pergerakan peruntukan/pindaan, sepanjang tahun merangkumi pindaan senarai asset
- Pengurusan Muatnaik Peruntukan ke Sistem Kewangan
Mengurus proses muatnaik peruntukan ke dalam sistem kewangan bagi PTJ/aktiviti yang telah diluluskan merangkumi kemaskini pergerakan peruntukan, maklumat alatan serta geran penyelidikan sepanjang tahun
- Penyediaan Laporan
Menyediakan laporan berhubung belanjawan kepada pihak Pengurusan Universiti dan Agensi Pusat di bawah seliaan Seksyen Belanjawan
- Pemantauan Prestasi
Memantau prestasi kewangan program/aktiviti di bawah seliaan Seksyen Belanjawan
- Khidmat Nasihat
Memberi khidmat nasihat dan sebagai sumber rujukan berhubung belanjawan Universiti
BELANJAWAN KUMPULAN WANG UNIVERSITI
Belanjawan Kumpulan Wang Mengurus
Merupakan peruntukan tahunan yang diagihkan kepada sesuatu pusat tanggungjawab (PTJ) untuk membiayai kos operasi tahunan, merangkumi komponen Dasar Sedia Ada, Dasar Baru dan Dasar One-Off bagi membiayai keperluan untuk keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang perlu dibelanjakan dalam tahun semasa. Sumber peruntukan adalah dari Geran Kerajaan dan Sumber Dalaman Universiti
Belanjawan Universiti Penyelidikan
Merupakan peruntukan yang diagih kepada PTJ untuk membiayai aktiviti/program/projek yang telah dikenapasti oleh Universiti dan yang perlu dibelanjakan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sumber peruntukan adalah dari Geran Kerajaan
Belanjawan Kumpulan Wang Pembangunan
Merupakan peruntukan yang membiayai projek-projek pembangunan, peralatan dan kerja pembaikan/naiktaraf di mana kos yang terlibat adalah amat tinggi dan dilaksanakan dalam tempoh melebihi satu tahun (satu hingga lima tahun, berdasarkan perancangan pelaksanaan projek). Sumber peruntukan adalah dari Geran Kerajaan
Belanjawan Kumpulan Wang Am Dan Enterprise
Merupakan peruntukan yang membiayai aktiviti kumpulan wang tertentu dan dilaksanakan dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam terma rujukan Kumpulan Wang berkenaan, merangkumi aktiviti penjanaan pendapatan. Sumber peruntukan adalah dari hasil penjanaan pendapatan pusat tanggungjawab (PTJ), sumbangan pihak luar dan lain-lain seperti yang ditentukan dalam terma rujukan Kumpulan Wang berkenaan
CARTA ORGANISASI
SEDANG DIKEMASKINI