Aluan Bendahari

Pemangku Bendahari

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk saya memberikan kata aluan di dalam Laman Sesawang Jabatan Bendahari 2015. Semoga laman sesawang ini menjadi salah satu medium komunikasi yang berkesan di antara Jabatan Bendahari dengan seluruh warga kampus dan para pelanggan Jabatan.

 

Laman sesawang Jabatan Bendahari ini dibangunkan sejajar dengan teras utama Jabatan Bendahari iaitu pemantapan tadbir urus kewangan yang kukuh, pembangunan modal insan yang berkemahiran dan inovatif, dan pemupukan budaya kerja yang peka terhadap keperluan semasa dan inovatif dalam memberi perkhidmatan kewangan ini amat penting disebarluaskan sebagai langkah ke hadapan untuk membolehkan warga kampus dan pelanggan luar mengetahui peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh Jabatan Bendahari dalam meningkatkan tahap kecemerlangan pengurusan kewangan universiti.

 

Maklumat yang boleh diperolehi dari laman sesawang ini meliputi maklumat korporat, organisasi, pengurusan kewangan dan perakaunan. Perkhidmatan atas talian seperti myAccount (iPayslip, iEC), eClaim, dan eStatement juga disediakan bagi memudahkan para pelanggan berurusan dengan Jabatan ini

 

Cadangan amat lah dialu-alukan agar penambahbaikan laman sesawang ini dapat dijalankan secara berterusan. Saya berharap maklumat yang disediakan melalui laman sesawang ini akan memberi manfaat kepada semua pelanggan Jabatan.

 

Sekian, selamat melayari laman sesawang rasmi Jabatan Bendahari USM.

 

Terima kasih.

 

Dr. Rohayati Mohd Isa

Bendahari

Universiti Sains Malaysia

 

24 Ogos 2015