Utama

Hasil / Utama

Carta Organisasi

Carta Organisasi

Fungsi Unit Pengurusan Terimaan

Pengurusan Aliran Tunai Universiti

  • Menyediakan keperluan aliran tunai Universiti setiap bulan termasuk keperluan Kampus Cawangan, bayaran gaji dan perbelanjaan operasi.
  • Memantau kedudukan baki tunai di bank dan lejar.
  • Memantau transaksi antara bank dan pindahan wang.

Pengurusan Terimaan Hasil

  • Mengurus kutipan Universiti seperti tunai, wang pos, cek, deraf bank, pindahan kredit, kad kredit dan e-payment.

Pengurusan Penyesuaian Bank

  • Mengurus penyesuaian maklumat pembayaran dan penerimaan antara rekod bank dan lejar USM bagi akaun semasa di BMMB, CIMB dan BIMB.

Pengurusan Wang Pendahuluan (pemandu) dan Wang Panjar

  • Mengurus bayaran pendahuluan pemandu untuk aktiviti Universiti.
  • Mengurus Panjar Wang Runcit Universiti dan imbuhan wang runcit PTJ dan projek.

Pengurusan Cek Luput, Wang Tak Dituntut dan Pelbagai Pemiutang (Hasil)

  • Mengemaskini senarai Cek Luput dan Wang Tak Dituntut selaras dengan Akta Wang Tak Dituntut 1965.
  • Memantau dan menyelia hasil Universiti yang direkod dalam Akaun Pelbagai Pemiutang.

Pengurusan Hasil Universiti

Pengurusan Aliran Tunai Dan Lebihan Dana Universiti

Mengurus keperluan perbelanjaan bulanan Universiti termasuk keperluan di Kampus Cawangan, bayaran gaji dan lain-lain perbelanjaan operasi.

Mengurus lebihan dana Universiti melalui pelaburan dalam deposit pasaran wang, simpanan tetap, pembelian saham amanah, ekuiti dan sebagainya.

Kategori Hasil Universiti

Hasil Universiti adalah terdiri daripada yuran pelajar serta bayaran bagi kemudahan / perkhidmatan yang ditawarkan oleh Universiti sama ada kepada pihak luaran atau dalaman. Antara kategori hasil Universiti adalah seperti berikut:

  • Yuran Pelajar
  • Yuran Persidangan, Seminar dan Bengkel
  • Hasil sewaan kemudahan /perkhidmatan

Mod Pembayaran

  • Bayaran melalui Kaunter
  • Kredit terus ke Akaun Bank
  • e-payment