Utama

Perolehan / Utama

Carta Organisasi

Carta Organisasi

Fungsi Seksyen Perolehan

Pengurusan Perolehan

  • Mengurus Perolehan Secara Tender, Tender Terhad, Sebutharga, Rundingan Terus
  • Menguruskan Rayuan Denda (LAD), Lanjutan Tempoh
  • Mengurus Tadbir Kontrak Bekalan/Perkhidmatan/Kerja
  • Mengurus Tadbir Cagaran Keselamatan perolehan/Jaminan Bank
  • Mengurus pendaftaran dan maklumat pembekal – Sistem eVendor

Pemantauan Perlaksanaan Perolehan

  • Pemantauan terhadap pelaksanaan dasar, pemakaian pekeliling, peraturan perolehan serta pentadbiran pengurusan risiko perolehan
  • Melakukan Kawalan dan Pemantauan Perolehan PTJ

Penyediaan Laporan

Penyediaan Laporan Status Perolehan (JPKA, KPM, JTK, Audit dan Pengurusan Universiti)

Urusetia

  • Jawatankuasa Perolehan A (>RM20juta – RM100juta)
  • Jawatankuasa Perolehan B (sehingga RM20juta)
  • Jawatankuasa Sebutharga (>RM50ribu – RM500ribu)
  • Jawatankuasa Rundingan Terus A dan B
  • Jawatankuasa Rundingan Harga
  • Jawatankuasa Pelantikan Perunding
  • Jawatankuasa Rayuan Perolehan
  • Jawatankuasa Pra Tender (Alatan dan Kerja)

Khidmat Nasihat

Menjadi sumber rujukan perolehan Universiti

Jenis Perolehan

Bekalan

Perolehan barangan sama ada barangan luak atau tidak luak yang dibekal bagi menjalankan sesuatu aktiviti, program atau projek sesebuah organisasi. Ia merupakan input nyata bagi sesuatu proses kerja atau perkhidmatan.

Contoh: alatulis, bahan kimia, perabot, peralatan makmal dan kenderaan.

Kerja

Perolehan yang melibatkan kerja-kerja pembinaan dan sivil seperti bangunan, jalan, naiktaraf infrastruktur, kerja-kerja mekanikal dan elektrikal.

Perkhidmatan

Perolehan yang ditakrifkan sebagai khidmat tenaga manusia atau kepakaran/kemahiran yang diperolehi untuk menyiapkan sesuatu kerja.

Terdapat dua jenis perkhidmatan:

  • Perkhidmatan perunding meliputi semua jenis kajian seperti kajian ekonomi, penswastaan, pengurusan, pembangunan fizikal yang memerlukan input seperti senibina, kejuruteraan dan kerja-kerja ukur, pengurusan perundangan dan perkhidmatan kepakaran dalam bidang-bidang khusus seperti alam sekitar dan pertanian.
  • Perkhidmatan bukan perunding meliputi perkhidmatan seperti pengendalian kursus dan latihan, penyenggaraan/pembaikan, pencucian/pembersihan, penyewaan dan pengurusan bangunan.