Sistem Kewangan

Sistem Kewangan dan Perakaunan USM (eFAS) dibangunkan dengan menekankan ciri-ciri kawalan dan pemantauan agar dapat menyokong Pengurusan Universiti dalam membuat keputusan kewangan. Ianya terdiri daripada 7 pakej merangkumi keperluan semua peringkat pelanggan melalui:-

  • Perancangan kewangan dalam penjanaan dana bagi menampung operasi dan perkembangan Universiti.
  • Kawalan dan pemantauan dalam operasi kewangan dan perakaunan Universiti.
  • Pengurusan perolehan Universiti.
  • Pengurusan pembayaran kepada pelanggan sama ada pelanggan dalaman atau luaran Universiti.
  • Pengurusan hasil dan penerimaan bagi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Universiti.
  • Penyediaan maklumat kewangan dan perakaunan kepada pengguna.
  • Penyediaan bantuan sokongan aplikasi dan teknikal kepada pengguna eFAS.