Utama

Carta Organisasi

Carta Organisasi

Fungsi Seksyen Govenan

Pengurusan polisi dan dasar kewangan Universiti

  • Memantau, mengkaji serta mengusahakan kelulusan berkenaan peraturan, pekeliling, garis panduan dan lain-lain keperluan baru berkaitan kewangan serta mengemaskininya bagi kegunaan Universiti dari semasa ke semasa;
  • Mengkaji dan mengemaskini Peraturan Kewangan Universiti;
  • Menguruskan perkara berkaitan Pekeliling Bendahari, Surat Pekeliling Bendahari, Hebahan Bendahari serta mengemaskini kesemua dokumen berkenaan.
  • Membantu lain-lain seksyen/unit di dalam Jabatan Bendahari untuk penyediaan polisi, garis panduan dan seumpamanya berkaitan kewangan dan tanggungjawab Jabatan Bendahari;
  • Mengurus perkara berkaitan penurunan kuasa kewangan melibatkan kuasa Bendahari;
  • Menguruskan hal-hal berkaitan kewangan dan lain-lain perkara seumpamanya yang melibatkan Yayasan USM

Urusetia

  • Mengurus mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan Universiti.

Polisi/Dasar Kewangan Universiti

Penggubalan/penetapan dasar dan polisi berkaitan kewangan

Bertanggungjawab dalam menggubal dasar dan polisi berkaitan kewangan melibatkan semua fungsi yang dilaksanakan oleh Jabatan Bendahari termasuk pengurusan aset, perolehan, pembayaran, pengurusan bajet dan lain-lain lagi. Penggubalan dilakukan dengan bantuan semua pihak berkaitan bagi memastikan dasar/polisi yang digariskan dapat membantu Universiti dalam memantapkan pengurusan kewangannya.

Pengemaskinian Peraturan Kewangan Universiti

Bertanggungjawab mengemaskini sebarang perubahan kepada peraturan kewangan Universiti sepertimana yang telah diluluskan. Perubahan boleh datang dalam pelbagai bentuk sama ada perubahan kepada kadar, jenis-jenis pembayaran, kelayakan bayaran bagi aktiviti-aktiviti Universiti dan juga dari pelbagai sumber sahih terutamanya keputusan Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK) Universiti.

Penghasilan Pekeliling Bendahari, Surat Pekeliling Bendahari dan Hebahan Bendahari

Bertanggungjawab dalam memastikan sebarang maklumat terbaru berkaitan pekeliling yang melibatkan kewangan samada ada Pekeliling Perbendaharaan, Pekeliling Perkhidmatan dan seumpamanya dikenalpasti dan dianalisa sebelum di buat permohonan kuatkuasa melalui Bendahari kepada Naib Canselor. Sebarang perubahan kepada peraturan sedia ada akan dihebahkan melalui keadah yang sesuai antara Pekeliling, Surat Pekeliling atau Hebahan Bendahari.

Menguruskan hal-hal berkaitan penurunan kuasa Bendahari

Bertanggungjawab dalam memastikan proses penurunan kuasa Bendahari kepada mereka yang berkenaan adalah teratur dan lancar. Dokumentasi perlu dikemaskini sepanjang masa serta disimpan dengan baik untuk rujukan.

Urusetia mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK) Universiti

Bertanggungjawab dalam menguruskan mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK) Universiti. Menjalankan proses panggilan mesyuarat atas arahan Pengerusi Jawatankuasa, penyediaan tempat mesyuarat dan kemudahan berkaitan, penyediaan fail mesyuarat, penyelarasan kertas kerja yang akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa serta lain-lain urusan yang berkaitan.