Utama

Perakaunan / Utama

Carta Organisasi

Carta Organisasi

Fungsi Perakaunan & Anak Syarikat

Penyediaan Laporan

  • Menyediakan laporan kewangan bulanan, sukuan dan tahunan Universiti kepada Lembaga Gabenor Universiti, Jawatankuasa Tetap Kewangan, pengurusan Universiti serta Agensi Pusat
  • Menyediakan laporan bil-bil tertunggak kepada pihak Agensi Pusat
  • Menyediakan laporan tahunan Universiti, nota dan memorandum Jemaah Menteri yang berkaitan dengan hal-hal kewangan

Pengurusan Pengauditan

Mengurus hal-hal berkaitan pengauditan Penyata Kewangan Tahunan USM.

Pemantauan Perlaksanaan Perakaunan

Memantau perlaksanaan dan pematuhan dasar yang berkaitan pengurusan perakaunan.

Urusetia

Menjadi urusetia Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Universiti

Khidmat Nasihat

Memberi khidmat nasihat berkaitan hal ehwal perakaunan kepada Universiti

Pengurusan Perakaunan

1. Penyediaan penyata kewangan tahunan Universiti.

  • Memastikan setiap unit di Jabatan Bendahari mematuhi SOP penutupan akaun akhir tahun dengan penyediaan jadual penutupan akaun tahunan untuk edaran PTJ dan dalaman Jabatan Bendahari
  • Penyediaan penyata kewangan tahunan untuk dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara.

2a. Penyediaan fail-fail jadual sokongan yang telah disatukan bagi memudahkan kerja-kerja pengauditan

Penyatuan jadual sokongan semua kampus dan memastikan ianya seimbang dengan lejer am

2b. Penyatuan dokumen sokongan dan penyediaan fail Mesyuarat Exit Conference dengan Jabatan Audit Negara

Menyatukan semua maklumbalas teguran audit dalam Surat / Laporan Pengurusan Audit

3. Penyediaan Nota Jemaah Menteri dan Memorandum Jemaah Menteri mengikut format yang telah ditetapkan

Nota Jemaah Menteri dan Memorandum Jemaah Menteri yang telah dimuktamadkan maklumat kewangan dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Institusi untuk disatukan serta dihantarkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

4. Penyediaan kertas kerja Penyata Kewangan Tahunan Universiti untuk perakuan Jawatankuasa Tetap Kewangan

Mengemukakan kertas kerja Penyata Kewangan Tahunan Universiti untuk perakuan Jawatankuasa Tetap Kewangan yang telah dimuktamadkan kepada urusetia JTK untuk tindakan selanjutnya.

5. Penyediaan kertas kerja Penyata Kewangan Tahunan Universiti untuk kelulusan Lembaga Gabenor Universiti

Mengemukakan kertas kerja Penyata Kewangan Tahunan Universiti untuk kelulusan Lembaga Gabenor Universiti yang telah dimuktamadkan kepada urusetia LGU untuk tindakan selanjutnya.

6. Mengenalpasti keperluan dan penyediaan laporan tahunan dan penyata kewangan tahun semasa.

  • Mengemukakan laporan tahunan dan penyata kewangan yang telah dimuktamadkan kepada Bahagian Pembangunan Institusi (BPI) mengikut jadual yang telah dipersetujui untuk tindakan penyatuan dan suntingan.
  • Memastikan Laporan Tahunan Universiti dikemukakan sebanyak 60 naskah oleh Bahagian Pembangunan Institusi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh yang telah ditetapkan.

7a. Pengurusan mesyuarat dan penyediaan fail mesyuarat Jawatakuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Universiti.

Mengurus tarikh mesyuarat sepanjang tahun, notis panggilan mesyuarat, agenda mesyuarat, kehadiran ahli dan jemputan mesyuarat, minit mesyuarat, maklumbalas mesyuarat (jika ada) dan penyediaan fail mesyuarat.

7b. Pengurusan laporan Jawatakuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun peringkat Kementerian dan Universiti.

Menyemak dan membuat analisis laporan Jawatakuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun peringkat Kementerian dan Universiti serta mengemukakan laporan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut tarikh yang telah ditetapkan.