Utama

Belanjawan / Utama

Carta Organisasi

Carta Organisasi

Fungsi Seksyen Belanjawan

Penyediaan Cadangan/Permohonan Anggaran Belanjawan Tahunan Universiti

Menyelaraskan penyediaan cadangan/permohonan anggaran Belanjawan Tahunan Universiti kepada pihak Agensi Pusat berdasarkan penetapan halatuju/fokus Universiti.

Pengurusan Mesyuarat Belanjawan

Mengurus pelaksanaan Mesyuarat Pemeriksaan Belanjawan Tahunan Universiti dan mesyuarat lain berhubung pengurusan belanjawan Universiti.

Pengurusan Agihan Belanjawan Tahunan

Mengurus Agihan Belanjawan Tahunan kepada PTJ mengikut Kumpulan Wang dan komponen.

Pengurusan Pergerakan Peruntukan

Mengurus permohonan oleh PTJ bagi pergerakan peruntukan/pindaan, sepanjang tahun merangkumi pindaan senarai aset.

Pengurusan Muatnaik Peruntukan ke Sistem Kewangan

Mengurus proses muatnaik peruntukan ke dalam sistem kewangan bagi PTJ/aktiviti yang telah diluluskan merangkumi kemaskini pergerakan peruntukan, maklumat alatan serta geran penyelidikan sepanjang tahun.

Penyediaan Laporan

Menyediakan laporan berhubung belanjawan kepada pihak Pengurusan Universiti dan Agensi Pusat di bawah seliaan Seksyen Belanjawan.

Pemantauan Prestasi

Memantau prestasi kewangan program/aktiviti di bawah seliaan Seksyen Belanjawan.

Khidmat Nasihat

Memberi khidmat nasihat dan sebagai sumber rujukan berhubung belanjawan Universiti.

Belanjawan Kumpulan Wang Universiti

Belanjawan Kumpulan Wang Mengurus

Merupakan peruntukan tahunan yang diagihkan kepada sesuatu pusat tanggungjawab (PTJ) untuk membiayai kos operasi tahunan, merangkumi komponen Dasar Sedia Ada, Dasar Baru dan Dasar One-Off bagi membiayai keperluan untuk keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang perlu dibelanjakan dalam tahun semasa. Sumber peruntukan adalah dari Geran Kerajaan dan Sumber Dalaman Universiti.

Sumber peruntukan adalah dari Geran Kerajaan dan Sumber Dalaman Universiti.

Belanjawan Universiti Penyelidikan

Merupakan peruntukan yang diagih kepada PTJ untuk membiayai aktiviti/program/projek yang telah dikenapasti oleh Universiti dan yang perlu dibelanjakan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sumber peruntukan adalah dari Geran Kerajaan.

Belanjawan Kumpulan Wang Pembangunan

Merupakan peruntukan yang membiayai projek-projek pembangunan, peralatan dan kerja pembaikan/naiktaraf di mana kos yang terlibat adalah amat tinggi dan dilaksanakan dalam tempoh melebihi satu tahun (satu hingga lima tahun, berdasarkan perancangan pelaksanaan projek). Sumber peruntukan adalah dari Geran Kerajaan.

Belanjawan Kumpulan Wang Am Dan Enterprise

Merupakan peruntukan yang membiayai aktiviti kumpulan wang tertentu dan dilaksanakan dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam terma rujukan Kumpulan Wang berkenaan, merangkumi aktiviti penjanaan pendapatan. Sumber peruntukan adalah dari hasil penjanaan pendapatan pusat tanggungjawab (PTJ), sumbangan pihak luar dan lain-lain seperti yang ditentukan dalam terma rujukan Kumpulan Wang berkenaan.