Bayaran Pembekal

Operasi Bayaran Pembekal

 Unit Operasi Bayaran Pembekal bertanggunjawab terhadap

  1. Pengurusan bayaran kepada Pembekal dan Kontraktor
  2. Pengurusan bayaran bil utiliti
  • Pengurusan Panjar Wang Runcit Pusat Tanggungjawab dan Projek Penyelidikan
  1. Urusan Pembayaran Pengajar Sambilan

Jenis-Jenis Pembayaran

  1. Pembayaran kepada pembekal / kontraktor
  2. Pembayaran kepada pensyarah / penceramah / fasilitator sambilan
  • Panjar wang runcit
  1. Pembayaran melalui Draf Bank / Pindahan Telegrafik

Tanggungjawab Bagi Perbelanjaan Yang Tidak Dibenarkan

  1. Pegawai yang membenarkan perbelanjaan dilakukan tanpa kuasa akan dipertanggungjawabkan sendiri bagi jumlah yang dibelanjakan.

Semakan Sebelum Pembayaran

Sebelum membuat pembayaran, PTJ hendaklah menentukan tentang perkara perkara tersebut:

  1. Baki peruntukan mencukupi untuk melakukan pembayaran;
  2. Semua dokumen perlu disahkan serta berada dalam keadaan lengkap dan teratur;
  • Pembelian aset alih perlu didaftarkan terlebih dahulu dan salinan Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) dan Daftar Inventori (KEW.PA-3); dan
  1. Mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan boleh dibayar.

Pengurusan Panjar Wang Runcit (PWR)

PWR adalah sejumlah wang yang diberi kepada Ketua PTJ untuk membolehkannya membuat pembayaran kecil yang segera dan perbelanjaan runcit tanpa perlu dipertanggungjawabkan terlebih dahulu kepada sesuatu maksud perbelanjaan.

Oleh itu, PTJ boleh membuat pembelian kecil dengan menggunakan PWR untuk semua pembayaran atas sesuatu resit yang tidak melebihi RM500.00.

Walau bagaimanapun, kemudahan PWR tidak boleh digunakan untuk membayar elaun perjalanan, sara hidup, yuran, upah dan lain-lain bayaran yang boleh dibayar melalui baucar pembayaran.

Kebenaran Menguruskan PWR

Ketua PTJ hendaklah melantik dua orang pegawai yang menjadi juruwang dan pegawai yang meluluskan pembayaran melalui PWR. Jabatan Bendahari akan mengeluarkan surat kuasa mengendalikan PWR kepada Ketua PTJ selaku Pemegang PWR.

Pemeriksaan Berkala

Jabatan Bendahari atau Ketua PTJ atau pegawai yang diberi kuasa olehnya berhak membuat pemeriksaan mengejut pada bila-bila masa sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan pengurusan PWR dibuat dengan teratur.


Kawalan Bayaran Pembekal

Unit Kewangan Bayaran Pembekal bertanggungjawab terhadap

  1. Pengurusan bayaran kemajuan kepada kontraktor dan perunding
  2. Pemberian Tunai Projek Penyelidikan
  • Bayaran elaun cuti sabatikal dan cuti belajar
  1. Penyediaan laporan berkala berkaitan pembayaran pembekal & tuntutan lain.

Pemberian Tunai Projek Di Bawah Geran Universiti Penyelidikan

Projek-projek penyelidikan di bawah geran Universiti Penyelidikan telah melaksanakan kaedah pemberian tunai bagi tujuan pembelian runcit. Ini adalah untuk membantu menjayakan agenda penyelidikan Universiti. Berikut adalah tatacara berkaitan pemberian tunai dibawah geran Universiti Penyelidikan.

  1. Ketua projek yang mempunyai projek di bawah geran Universiti Penyelidikan boleh memohon untuk mendapatkan pemberian tunai dari Jabatan Bendahari.
  2. Jabatan Bendahari boleh mempertimbangkan dan meluluskan pemberian tunai kepada projek Universiti Penyelidikan mengikut had seperti berikut:

Bil

Butiran

Amaun Kelayakan (RM)

1

Projek Penyelidikan Utama 
(nilai geran ≥ RM200,000.00)

1,000.00

2

Projek Penyelidikan 
(nilai geran < RM200,000.00)

500.00

(Rujuk Surat Edaran Bendahari Bil1/2009)

  • Hits: 1631
Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Bendahari. Maklumat yang terkandung merupakan maklumat terkini yang turut merangkumi maklumat berkenaan peraturan dan pekeliling yang berkaitan Kewangan Universiti.

Hubungi Kami

Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori, 11800, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 6534288
Fax : +604 - 6574854  |  icon admin