Pengurusan Insurans Aset Universiti

Pengurusan Insurans Universiti dalam konteks (Aset):

  1. Tuntutan Insuran Kebakaran
  2. Tuntutan Insuran Kecurian
  • Tuntutan Insuran Alatan Saintifik dan Alatan Muzium

Tuntutan Insuran Kebakaran

  1. Memberi perlindungan terhadap bangunan-bangunan Universiti, alat kelengkapan di dalam bangunan, pemasangan elektrik, peralatan, perabot di pejabat dan buku-buku perpustakaan milik Universiti Sains Malaysia dan ditauliahkan serta diamanahkan kepada Kampus Kesihatan (termasuk HUSM), Kampus Kejuruteraan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Bertam, Kampus Penyelidikan, Bukit Jambul dan Pusat-Pusat Wilayah RPJJ di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.

Tuntutan Insuran Kecurian

  1. Memberi perlindungan kepada Universiti terhadap bahan dan alat kelengkapan dari kecurian dan pecah masuk.

Tuntutan Insuran Alatan Saintifik dan Alatan Muzium

  1. Memberi perlindungan kecurian/kerosakan kepada Universiti terhadap peralatan yang di bawa ke luar kawasan kampus untuk tujuan penyelidikan oleh staf Universiti atau dipinjam kepada masyarakat luar sebagai community service.
  2. Polisi ini juga meliputi kehilangan seperti disebabkan oleh pecah masuk, kerosakan akibat kebakaran, atau apa keadaan yang tidak dijangka yang berlaku dalam kawasan yang dilindungi.

(Tertakluk kepada syarat – syarat yang telah ditetapkan)

  • Hits: 2273
Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Bendahari. Maklumat yang terkandung merupakan maklumat terkini yang turut merangkumi maklumat berkenaan peraturan dan pekeliling yang berkaitan Kewangan Universiti.

Hubungi Kami

Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori, 11800, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 6534288
Fax : +604 - 6574854  |  icon admin