Pengurusan Aset Alih Universiti

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007 yang meliputi:

  1. Penerimaan Aset
  2. Pendaftaran Aset
  3. Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan Aset
  4. Penyenggaraan Aset
  5. Pelupusan Aset
  6. Kehilangan dan Hapus Kira Aset Alih


Penerimaan Aset

  1. Memastikan setiap aset yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan
  2. Menentukan kualiti dan kuantiti sebenar mengikut pesanan
  3. Memastikan aset diterima dalam keadaan yang baik, sempurna dan selamat untuk digunakan


Pendaftaran Aset

  1. Mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan kemas kini
  2. Memudahkan pengesanan dan pemantauan
  3. Membolehkan keadaan aset diketahui
  4. Memudahkan penyenggaraan, pelupusan dan penggantian asset


Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan Aset

  1. Mengurangkan pembaziran
  2. Menjimatkan kos
  3. Mencapai jangka hayat
  4. Mencegah penyalahgunaan
  5. Mengelakkan kehilangan


Penyelenggaraan Aset

  1. Memastikan aset berfungsi dengan lancar secara berterusan dan selamat digunakan
  2. Memelihara dan memanjangkan jangka hayat
  3. Meningkatkan keupayaan
  4. Mengurangkan kerosakan
  5. Mendapatkan ketahanan maksimum sejajar dengan perbelanjaan


Pelupusan Aset

  1. Memastikan PTJ/Universiti tidak menyimpan aset yang tidak boleh digunakan atau tidak diperlukan
  2. Menjimatkan ruang simpanan/pejabat
  3. Memastikan pelupusan boleh menjana hasil kepada Universiti/Kerajaan
  4. Memastikan kaedah pelupusan yang dipilih bersifat mesra alam dan lestari


Kehilangan dan Hapus Kira Aset Alih

  1. Menyelaras rekod asset
  2. Mengawal kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan akibat kehilangan asset
  3. Meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap kepentingan keselamatan aset kerajaan
  4. Membolehkan tindakan surcaj atau tatatertib dikenakan ke atas kecuaian pegawai
  • Hits: 3589
Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Bendahari. Maklumat yang terkandung merupakan maklumat terkini yang turut merangkumi maklumat berkenaan peraturan dan pekeliling yang berkaitan Kewangan Universiti.

Hubungi Kami

Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori, 11800, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 6534288
Fax : +604 - 6574854  |  icon admin