Piagam Pelanggan

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:-

Mentadbir dan menguruskan kewangan dan aset Universiti dengan efisien dan melaporkan prestasi kewangan tersebut kepada pihak berkuasa seperti yang termaktub dalam Akta dan peraturan kewangan Kerajaan yang ditetapkan:-

  1. Menyediakan cadangan permohonan Belanjawan Mengurus Universiti tahunan dan dikemukakan untuk persetujuan Pengurusan Universiti sebelum dikemukakan kepada pihak Agensi Pusat.

 

  1. Pengemaskinian maklumat Belanjawan dalam Sistem yang dipantau/ dikehendaki pihak Agensi Pusat:
  • Mengemas kini maklumat berkaitan yang diperolehi dari PTJ berkaitan bagi sistem yang memerlukan input dari PTJ lain
  • Sistem Pemantauan Projek (SPP II) (B.Pemb.) – 2 kali setiap bulan : 20 haribulan bulan berkenaan dan 10 haribulan bulan berikutnya
  • Sistem MyResults (Belanjawan Mengurus) – berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh Agensi Pusat

 

  1. Penyediaan Laporan/kertas kerja berhubung Pengurusan Belanjawan Universiti:
  • Menyediakan laporan berkaitan yang diperlukan oleh pihak Agensi Pusat dan Pengurusan Universiti
  • Laporan Prestasi Perbelanjaan Bulanan Mengurus dan Pembangunan – tidak melebihi 10hb bulan berikutnya
  • Laporan/kertas kerja selain (a) di atas mengikut tarikh/jadual yang ditetapkan oleh pihak Agensi Pusat/Pengurusan Universiti

 

  1. Penyediaan Laporan/kertas kerja berhubung Pengurusan Kewangan Universiti:
  • Menyediakan laporan berkaitan yang diperlukan oleh pihak Agensi Pusat dan Pengurusan Universiti mengikut tarikh/jadual yang ditetapkan oleh pihak Agensi Pusat/Pengurusan Universiti.

 

  1. Penyediaan laporan pengurusan perolehan kepada pihak kementerian /pengurusan Universiti.

 

  1. Menyediakan Penyata Kewangan Universiti Sains Malaysia dengan tepat dan lengkap berasaskan undang-undang, dasar dan prinsip perakaunan diterima umum (GAAP) dalam tempoh 3 bulan dari tarikh akhir tahun kewangan.

 

  1. Mendapat Sijil Bersih Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Universiti Sains Malaysia setiap tahun perakaunan.
  • Hits: 2324
Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Bendahari. Maklumat yang terkandung merupakan maklumat terkini yang turut merangkumi maklumat berkenaan peraturan dan pekeliling yang berkaitan Kewangan Universiti.

Hubungi Kami

Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori, 11800, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 6534288
Fax : +604 - 6574854  |  icon admin