• PENGENALAN

    Perolehan ialah aktiviti untuk mendapatkan, membeli atau memperolehi bekalan, perkhidmatan dan kerja bagi menjalankan operasi Universiti dengan cara yang menguntungkan Universiti sama ada melalui sebutharga, tender atau kaedah lain yang dibenarkan

    Perolehan Universiti hendaklah diuruskan dengan cekap, berintegriti, teratur dan sempurna mengikut peraturan dan tatacara perolehan yang berkuatkuasa

    Setiap keperluan pembelian Universiti hendaklah dirancang melalui perancangan tahunan (annual planning) dan ditentukan dengan teliti supaya kuantiti bekalan dan skop kerja atau perkhidmatan dapat ditentukan dengan tepat, dibekalkan dalam tempoh yang diperlukan, memenuhi kehendak dan speksifikasi yang telah ditetapkan, harga yang berpatutan dan memenuhi kualiti sepertimana yang dikehendaki

    Ini bertujuan memastikan perolehan dilaksanakan dengan telus, berhemah, berkesan serta memberi nilai pulangan terbaik

  • FUNGSI PEROLEHAN

    Pengurusan Perolehan

    1. Menguruskan proses perolehan tender/sebutharga/rundingan terus
    2. Memantau pengurusan pembelian terus PTJ
    3. Mengurus pelantikan dan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan
    4. Mengurus pengeluaran surat setuju terima/pesanan Universiti
    5. Mengurus makluman sebutharga/tender dalam laman sesawang/papan notis
    6. Mentadbir Penilaian Prestasi Pembekal


    Pengurusan Pelantikan Ahli Jawatankuasa

    1. Mengurus surat pelantikan ahli jawatankuasa
    2. Mentadbir urus tempoh sah pelantikan ahli jawatankuasa

     
    Pengurusan Jawatankuasa Perolehan

    1. Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan
    2. Memastikan pengurusan jawatankuasa perolehan mengikut terma rujukan yang ditetapkan
    3. Memastikan keselamatan dan kepentingan jawatankuasa terpelihara
    4. Melaksanakan pengurusan Integrity Pact


    Pengurusan Mesyuarat Perolehan

    1. Mengurus mesyuarat perolehan berdasarkan keperluan dan tarikh yang ditetapkan
    2. Menyediakan fail dan kertas kerja perolehan berkaitan
    3. Menguruskan minit mesyuarat


    Pengurusan Daftar Pembekal

    1. Mengurus dan memantau pendaftaran pembekal/kontraktor dengan USM secara atas talian
    2. Memastikan pembekal/kontraktor berupaya untuk mengemaskini profail secara atas talian
    3. Mengurus profail pembekal/kontraktor untuk penilaian prestasi pembekal


    Pengurusan Polisi/Dasar/Peraturan Perolehan

    1. Mengurus pengumpulan maklumat dan peraturan berkaitan perolehan untuk diterimapakai
    2. Menyedia deraf polisi/dasar  untuk kelulusan pengurusan perolehan


    Pentadbiran Seksyen Perolehan

    1. Mentadbir urus Unit Perolehan dan Unit Pembekal
    2. Melaksanakan pengurusan Integrity Pact
    3. Memantau pengurusan perolehan dan pembekal dilaksanakan mengikut perancangan serta sasaran yang ditetapkan
    4. Memastikan setiap sumber dan aset seksyen dikawal selia dengan baik
    5. Memastikan pengurusan sumber manusia diselia dengan baik dari segi disiplin, kebajikan serta latihan
    6. Mentadbir urus Penilaian Prestasi Staf


    Pengurusan Perkhidmatan Kaunter

    1. Mengurus penjualan dokumen tender/sebutharga
    2. Mengurus pendaftaran pembekal/kontraktor baharu
    3. Mengurus bilik tender untuk persediaan pelawaan tender/sebutharga
    4. Mengurus permohonan pengecualian cukai kastam
    5. Mengurus maklum balas pelanggan


    Pengurusan Pentadbiran Kontrak

    1. Mengurus penyediaan kontrak sebutharga/tender/rundingan terus
    2. Mengurus dokumentasi kontrak bersama Pejabat Perundangan
    3. Mengurus selia daftar kontrak dan cagaran
    4. Mengurus maklum balas pelanggan


    Pengurusan Laporan

    1. Mengurus laporan bulanan/berkala/ad hoc berkaitan perolehan kepada Kementerian Kewangan/Kementerian Pendidikan Malaysia/Jabatan Audit Negara/LGU/JTK/JPKA serta pengurusan Universiti
    2. Mengurus dan memantau laporan perolehan daripada Kampus Cawangan serta PTJ
    3. Menyedia, menganalisa prestasi perolehan Universiti
  • JENIS PEROLEHAN

    Bekalan

    Perolehan barangan sama ada barangan luak atau tidak luak yang dibekal bagi menjalankan sesuatu aktiviti, program atau projek sesebuah organisasi. Ia merupakan input nyata bagi sesuatu proses kerja atau perkhidmatan.

    Contoh: alatulis, bahan kimia, perabot, peralatan makmal dan kenderaan

     

    Kerja

    Perolehan yang melibatkan kerja-kerja pembinaan dan sivil seperti bangunan, jalan, naiktaraf infrastruktur, kerja-kerja mekanikal dan elektrikal

     

    Perkhidmatan

    Perolehan yang ditakrifkan sebagai khidmat tenaga manusia atau kepakaran/ kemahiran yang diperolehi untuk menyiapkan sesuatu kerja. Terdapat dua jenis perkhidmatan:

    1. Perkhidmatan perunding meliputi semua jenis kajian seperti kajian ekonomi, penswastaan, pengurusan, pembangunan fizikal yang memerlukan input seperti senibina, kejuruteraan dan kerja-kerja ukur, pengurusan perundangan dan perkhidmatan kepakaran dalam bidang-bidang khusus seperti alam sekitar dan pertanian
    1. Perkhidmatan bukan perunding meliputi perkhidmatan seperti pengendalian kursus dan latihan, penyenggaraan/pembaikan, pencucian/pembersihan, penyewaan dan pengurusan bangunan
  • Dokumen SebutHarga

  • CARTA ORGANISASI

    SEDANG DIKEMASKINI

Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Bendahari. Maklumat yang terkandung merupakan maklumat terkini yang turut merangkumi maklumat berkenaan peraturan dan pekeliling yang berkaitan Kewangan Universiti.

Hubungi Kami

Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori, 11800, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 6534288
Fax : +604 - 6574854  |  icon admin