• PENGENALAN

    Unit Perakaunan adalah unit yang berperanan dalam kerja-kerja penutupan akaun tahunan dan interim Universiti, bertindak sebagai pengantara semasa aktiviti pengauditan Penyata Kewangan Tahunan, menguruskan transaksi antara syarikat subsidiari, menguruskan transaksi antara kampus, menguruskan maklumat kewangan dalam Nota Jemaah Menteri dan Memorandum Jemaah Menteri, menyediakan kertas kerja Penyata Kewangan Tahunan Universiti kepada semua pihak-pihak yang berkepentingan, menguruskan maklumat kewangan dalam Laporan Tahunan Universiti serta berperanan sebagai Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Universiti.

  • FUNGSI PERAKAUNAN

    Penyediaan Laporan

    1. Menyediakan laporan kewangan bulanan, sukuan dan tahunan Universiti kepada Lembaga Gabenor Universiti, Jawatankuasa Tetap Kewangan, pengurusan Universiti serta Agensi Pusat
    2. Menyediakan penyata kewangan Universiti dan Kumpulan tahunan
    3. Menyediakan laporan bil-bil tertunggak kepada pihak Agensi Pusat
    4. Menyediakan laporan tahunan Universiti, nota dan memorandum Jemaah Menteri yang berkaitan dengan hal-hal kewangan
    5. Menyediakan laporan untuk Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi


    Pengurusan Pengauditan

    1. Mengurus hal-hal berkaitan pengauditan Penyata Kewangan Tahunan USM


    Pemantauan Perlaksanaan Perakaunan

    1. Memantau perlaksanaan dan pematuhan dasar yang berkaitan pengurusan perakaunan
    2. Pemantauan transaksi kewangan dan pematuhan kepada piawaian perakunanan yang digunapakai


    Urusetia

    1. Menjadi urusetia Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Universiti


    Khidmat Nasihat

    1. Memberi khidmat nasihat berkaitan hal ehwal perakaunan kepada Universiti dan Yayasan USM
  • CARTA ORGANISASI

    Seksyen_Perakaunan_-_090224.jpg

Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Bendahari. Maklumat yang terkandung merupakan maklumat terkini yang turut merangkumi maklumat berkenaan peraturan dan pekeliling yang berkaitan Kewangan Universiti.

Hubungi Kami

Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori, 11800, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 6534288
Fax : +604 - 6574854  |  icon admin