• PENGENALAN

    Bertanggungjawab ke atas tujuh (7) jenis perniagaan universiti iaitu latihan pendidikan, pengurusan projek dan konsultansi, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan kesejahteraan, jualan bahan, sewaan, perkhidmatan analisis dan pengujian serta projek khas. Bertanggungjawab dalam pengurusan perniagaan, pengurusan kos dan pengurusan bayaran bagi tujuh (7) jenis perniagaan di atas.

  • FUNGSI ENDOWMEN

    Pengurusan Perniagaan

    1. Mengurus kewangan aktiviti penjanaan pendapatan
    2. Mengawal dan menyelenggara Carta Akaun Endowmen Perniagaan
    3. Melaksanakan dasar aktiviti penjanaan pendapatan
    4. Memberi khidmat nasihat kepada PTJ berkaitan pengurusan aktiviti penjanaan pendapatan
    5. Menyimpan rekod dan fail pengurusan aktiviti penjanaan pendapatan
    6. Mengadakan program latihan berkaitan aktiviti penjanaan pendapatan bersama PTJ


    Pengurusan Kos

    1. Melaksanakan dasar penentuan kos
    2. Mengenalpasti kos keseluruhan program akademik universiti, projek dan lain-lain aktiviti perniagaan dalam penentuan kadar
    3. Menyimpan rekod dan fail pengurusan kos


    Pengurusan Bayaran

    1. Mengurus bayaran kepada pembekal dan transaksi dalaman
    2. Mengurus Akaun Belum Bayar
    3. Mengurus akaun wang panjar, pendahuluan dan prabayar
    4. Melaksanakan dasar, peraturan dan tatacara pengurusan bayaran
    5. Memberi khidmat nasihat kepada PTJ berkaitan pengurusan bayaran
    6. Menyimpan rekod dan fail pengurusan bayaran
  • CARTA ORGANISASI

    SEDANG DIKEMASKINI...

Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Bendahari. Maklumat yang terkandung merupakan maklumat terkini yang turut merangkumi maklumat berkenaan peraturan dan pekeliling yang berkaitan Kewangan Universiti.

Hubungi Kami

Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori, 11800, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 6534288
Fax : +604 - 6574854  |  icon admin