Soalan Lazim

1
Cukai Barang dan Perkhidmatan atau CBP adalah cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah. Berbeza dengan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat, CBP adalah cukai berperingkat. Pembayaran cukai dibuat di setiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran. Cukai itu sendiri bukan merupakan suatu kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali CBP yang telah dikenakan ke atas input perniagaan mereka.

CBP dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan.
2
Tidak semua barang dan perkhidmatan akan tertakluk kepada CBP. Beberapa makanan utama dan kemudahan asas seperti beras, ayam, ikan, daging, sayur-sayuran, gula, tepung dan minyak masak adalah bebas daripada CBP.

(Rujuk Perintah Cukai Barang & Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 [P.U.(A) 272/2014]).

Sementara itu, bagi aktiviti jual beli dan penyewaan hartanah pertanian, rumah kediaman dan perkhidmatan seperti perkhidmatan kewangan, pendidikan, asuhan kanak-kanak, jagaan kesihatan, pengangkutan, lebuh raya bertol serta pengebumian, perkuburan dan pembakaran mayat adalah dikecualikan daripada CBP

(Rujuk Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 [P.U.(A) 271/2014]).
3
Pada masa ini, barang yang diimport adalah tertakluk kepada duti import dan cukai jualan melainkan ia dikecualikan. Di bawah CBP, barang yang diimport masih tertakluk kepada duti import tetapi cukai jualan akan digantikan dengan CBP.

Sama ada barang import tersebut menjadi lebih murah atau mahal akan bergantung ke atas beberapa faktor selain daripada kadar CBP.
4
Cukai input merupakan CBP yang ditanggung oleh Universiti ke atas pembelian atau perolehan barang dan perkhidmatan dalam menjalankan operasi Universiti.
5
Cukai output adalah merupakan CBP yang dicaj dan dipungut ke atas penjualan/pembekalan barang dan perkhidmatan yang telah diberikan.
6
Ya. USM telah berdaftar CBP dengan nombor pendaftaran CBP 001408204800. Ini adalah kerana perolehan tahunan USM telah melebihi nilai ambang (threshold RM500,000).
7
Ya. Sekiranya pendapatan tahunan melebihi RM500,000.
8
Hanya Jabatan Bendahari dan PTJ yang telah diberi kuasa sahaja yang boleh mengeluarkan invois cukai kepada pelanggan.
9
Merujuk kepada Perkara 16 (c) (iv hingga xi) di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 [P.U. (A) 271/2014], perkhidmatan pendidikan yang diberikan pengecualian adalah seperti berikut :

(iv) pendidikan tinggi yang mengikuti kursus pengajian sebagaimana yang ditetapkan Akta Pendidikan 1996, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173], Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] atau yang diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia;

(v) bahan kursus;

(vi) rombongan atau lawatan lapangan;

(vii) penyediaan makanan dan penginapan;

(viii) pengangkutan pelajar;

(ix) perkhidmatan pentadbiran yang berkaitan secara langsung dengan pembekalan pendidikan seperti pendaftaran pelajar, pengeluaran kad pelajar, atau kad perpustakaan atau penilaian prestasi akademik pelajar;

(x) perkhidmatan peperiksaan;

(xi) pembekalan perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan, elektrik, gas, penyaman udara sebagai sebahagian daripada penyediaan penginapan pelajar.

Maka, tidak semua yuran pelajar tertakluk CBP. Yuran yang berkaitan dengan pengijazahan adalah dikecualikan (rujuk P.U.(A) 271/2014) seperti berikut :

• Yuran pengajian
• Yuran peperiksaan
• Yuran pendaftaran
• Yuran bas
• Yuran penginapan
• Yuran perpustakaan
• Semak semula peperiksaan
• Bench fees

Bagi yuran yang berkadar standard adalah seperti berikut :
• Yuran konvokesyen
• Yuran alumni
• Yuran kesihatan
• Pemeriksaan kesihatan

Buat masa kini, semua yuran yang berkadar standard dikenakan pada kadar sedia ada. Amaun CBP adalah termasuk di dalam kadar sedia ada. USM akan menanggung amaun CBP tersebut dan pendapatan USM akan berkurang.
10
Ya. Tetapi buat masa kini semua caj rawatan pesakit termasuk laporan perubatan bertulis dan nota discaj dikenakan pada kadar sedia ada.

Amaun CBP adalah termasuk di dalam kadar sedia ada. USM akan menanggung amaun CBP tersebut dan pendapatan USM akan berkurang.
11
Ya. Semua sewaan ruang dan premis adalah mengikut penggunaan bilangan jam @ hari @ bulan. Kadar sewaan sedia ada tidak termasuk CBP. Pelanggan perlu membayar kadar sewaan sedia ada dan amaun CBP.
12
Kelab kebajikan PTJ yang berdaftar di bawah pertubuhan merupakan entiti berasingan daripada USM. Oleh itu, jualan yang dijalankan oleh kelab kebajikan PTJ adalah tertakluk kepada CBP sekiranya ia berdaftar CBP.

Sekiranya melalui PTJ sendiri, maka ia tertakluk kepada CBP dan semua invois akan dikeluarkan oleh Jabatan Bendahari sahaja.
13
Akta CBP 2014 [akta 762] menyatakan bahawa sesuatu perniagaan sama ada ianya bermotifkan keuntungan atau tidak, maka ianya adalah tertakluk CBP sekiranya perniagaan itu berdaftar CBP.
14
Amaun yang dikutip adalah termasuk CBP. Contohnya : Terimaan bagi bulan Januari sehingga bulan Mac dikreditkan sebagai pendapatan pada amaun yang dikutip. Maka, untuk bulan April, USM akan mengambil sebanyak 6% daripada kutipan tersebut untuk dibayar kepada Kerajaan bagi tujuan CBP dan pendapatan seminar akan berkurangan sebanyak 6%.
17
Ianya tertakluk CBP sekiranya ada unsur timbal balik kepada penyumbang.
18
Rujuk kepada Jadual Pertama di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) 2015 [P.U.(A) 58] dan Senarai Ubat Penting Kebangsaan Kementerian Kesihatan Yang Diluluskan Oleh Menteri Kewangan di Bawah Butiran 2, Jadual Pertama, Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 [P.U.(A) 272/2014].
19
Sila semak dengan segera semua kontrak dengan pembekal dan pelanggan (rujuk kepada Seksyen 187, Akta CBP 2014 [akta 762]). Bagi perkhidmatan yang disediakan oleh USAINS, ia adalah tertakluk CBP.
20
Tertakluk CBP sekiranya staf/individu itu berdaftar CBP.
21
Tidak. Ianya di luar skop.
22
Tidak. Bagi semua jenis denda, saman dan penalti adalah di luar skop.
23
Pihak PTJ perlu berunding dengan pembekal untuk menanggung kos CBP tersebut. Tetapi sekiranya pihak pembekal enggan menanggung kos CBP tersebut, maka amaun CBP tersebut akan dibayar oleh USM.
24
Penentuan kod cukai adalah berdasarkan aktiviti dan kod kumpulan wang yang telah ditetapkan iaitu :

(i) Pengajaran & pembelajaran;
(ii) Pentadbiran & perkhidmatan;
(iii) Penyelidikan;
(iv) Komersial; dan
(v) Perkhidmatan jagaan kesihatan.

Panduan pemilihan kod cukai input boleh diperolehi melalui Portal GST@USM.
25
Penyata Cukai CBP (GST 03) yang akan dihantar kepada JKDM pada bulan berikutnya akan menjadi tidak tepat dan ianya tertakluk kepada penalti.
26
Merujuk kepada Perkara 4, Jadual Pertama di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014 [P.U.(A) 273/2014], syarat untuk mendapat pelepasan adalah pembekalan itu mestilah terdiri daripada peralatan dan bahan. Maka, bagi USM hanya akaun yang dikategorikan sebagai Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran sahaja yang boleh mendapatkan pelepasan. (Bagi Vot 26, 27 dan 35 sahaja).

Panduan pemilihan kod cukai input boleh diperolehi melalui Portal GST@USM.
27
Ya. Sekiranya resit yang diperolehi mempunyai amaun CBP. Untuk tuntutan CBP, amaun di satu resit mestilah tidak melebihi RM500.
28
Merujuk kepada Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, hanya orang berdaftar CBP sahaja yang boleh mengeluarkan Invois Cukai ke atas pembekalan barang atau perkhidmatan bercukai yang dibuat. Sekiranya pembekal tidak berdaftar dan mengeluarkan Invois Cukai, PTJ perlu memaklumkan perkara ini kepada Unit Percukaian, Jabatan Bendahari untuk tindakan selanjutnya.
Hit Pengguna : 15722