LAWATAN AUDIT SUSULAN PEMATUHAN SAGA BAGI SISTEM PERAKAUNAN DAN KEWANGAN

25/07/2017 - 31/12/2017 | 8.00 am - 5.00 pm

PULAU PINANG, 19 Julai 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima lawatan audit daripada empat orang wakil Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang diketuai oleh Puan Rohanis Binti Omar, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pematuhan Sistem. Lawatan audit ini adalah susulan kepada Sijil Pematuhan Standard Accounting System For Government Agencies (SAGA) bagi Sistem Perakaunan dan Kewangan yang telah dianugerahkan kepada USM pada tahun 2011 yang lalu. Lawatan audit susulan ini selari dengan Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2015, dimana Kerajaan telah memutuskan bahawa Sistem Perakaunan Dan Kewangan yang diguna pakai oleh Agensi Kerajaan peru mematuhi keperluan SAGA dengan penambahan beberapa kriteria teknikal.

 

Sesi tersebut telah dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Encik Mohammad Bin Abdullah, Timbalan Bendahari Kanan pada jam 9.30 pagi. USM telah diwakili oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Bendahari dan Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) sepanjang pembentangan kepada wakil Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia berkenaan latar belakang Sistem Perakaunan dan Kewangan USM, dari sudut kewangan dan teknikal, serta semasa proses walkthrough sistem.

 

Sesi diakhiri pada jam 2.30 petang dengan ucapan penutup oleh Dr.Rohayati Binti Mohd Isa, Bendahari.

 

Tarikh kemaskini: 25 Julai 2017