Berita@Bendahari

PENYATAAN SARAAN DARIPADA PENGGAJIAN SECARA ATAS TALIAN (IEC)

04/04/2016

Adalah dimaklumkan bahawa semua staf boleh memapar,mencetak dan memuat turun Penyata Saraan Daripada Penggajian bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 secara atas talian. Penyata telah tersedia diportal eFAS (myAccount) yang boleh diakses melalui Campus Online. Turut tersedia adalah manual pengguna iEC yang boleh diakses melalui Forum Warga.

...

PENYATA SARAAN DARIPADA PENGGAJIAN 2015 (EC 2015)

18/03/2016

Adalah dimaklumkan bahawa semua staf boleh memapar, mencetak dan memuat turun Penyata Saraan Daripada Penggajian bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 secara atas talian melalui myAccount mulai minggu ke empat bulan Mac 2016. Kerjasama pihak YBhg.Dato’/ Datin/ Tuan / Puan untuk menghebahkan perkara ini di Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Kampus masing-masing sangat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

...

PERUTUSAN BENDAHARI 2016

09/03/2016

Georgetown 05 Februari 2016 -  Majlis Perutusan Bendahari 2016 telah diadakan pada 5hb Februari 2016 (Jumaat) bertempat di Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia. Perutusan tersebut disampaikan sendiri oleh Bendahari Universiti Sains Malaysia, Dr. Rohayati Mohd Isa.

 

Perutusan pada tahun 2016 berkisar kepada lima (5) perkara pokok iaitu :

  • Pencapaian Sepanjang Tahun 2015
  • Jabatan Bendahari@Perutusan ...

LAWATAN KERJA JABATAN BENDAHARI UMP KE JABATAN BENDAHARI USM

08/03/2016

Georgetown 8 Mac 2016 - Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Pahang telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Bendahari Universiti Sains Malaysia pada 8hb Mac 2016 (Selasa). Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model penjanaan pendapatan USM dan Tatacara Pengurusan Akaun Enterprise serta prosedur-prosedur kewangan yang digunakan bagi menguruskan akaun tersebut.

 

Taklimat lawatan ini telah disampaikan oleh Bendahari USM iaitu Dr. Rohayati Mohd Isa dan Timbalan Bendahari Kanan, ...

PROGRAM PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENGURUS DI PTJ

16/02/2016 - 18/02/2016

Georgetown 16 Februari 2016 - Jabatan Bendahari, Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan Program Pengurusan Kewangan (Siri 2) untuk Pengurus Di PTJ. Program tersebut diadakan di Dewan Siswa 2, Kompleks Cahaya. Seramai 190 orang peserta hadir pada sesi taklimat kali ini.


Program ini bertujuan memantapkan lagi pengurusan kewangan di PTJ khususnya dan Universiti amnya, selaras dengan keperluan yang telah digariskan oleh Lembaga Gabenor Universiti (LGU) bahawa setiap staf di Universiti harus mendapat pendedahan sewajarnya ...