Berita@Bendahari

Seminar Pengurusan Kewangan - Pengurusan Perolehan Kepada Pegawai Tadbir 2013

22/10/2013 - 23/10/2013 | 8.30 am - 5.00 pm

Pulau Pinang, 24 Oktober 2013 – Jabatan Bendahari, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PiPPA) telah menganjurkan Seminar Pengurusan Kewangan baru-baru ini. Seminar yang juga merupakan aktiviti tahunan Jabatan Bendahari telah diadakan selama dua hari iaitu pada 22 dan 23 Oktober 2013. Seminar kali ini memberi penekanan khusus tentang Pengurusan Perolehan telah disertai oleh seramai 32 orang pegawai dan staf dari pelbagai pusat tanggungjawab Kampus Induk.

 

Objektif ...

PERTUKARAN TEMPAT BERTUGAS PEGAWAI KEWANGAN JABATAN BENDAHARI

01/10/2013

Dengan hormatnya dimaklumkan mulai Oktober 2013, Pegawai Kewangan Jabatan Bendahari yang terlibat dengan pertukaran tempat bertugas adalah seperti berikut:

 

KAMPUS INDUK

...
BIL NAMA JAWATAN TEMPAT BERTUGAS ASAL TEMPAT BERTUGAS BARU

PELANTIKAN PEGAWAI BAGI MENJALANKAN TUGAS-TUGAS BENDAHARI

20/09/2013

Yang Berbahagia Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

Dimaklumkan bahawa Bendahari Universiti Sains Malaysia, Puan Salmiah Che Puteh telah bersara wajib berkuatkuasa pada 19 September 2013.

 

Sehubungan itu, bagi melicinkan urusan Jabatan Bendahari, Naib Canselor telah melantik Cik Rohayati Mohd Isa, Timbalan Bendahari Kanan untuk menjalankan tugas-tugas Bendahari berkuatkuasa 17 September 2013 sehingga Universiti membuat pelantikan Bendahari.

 

Sekian, terima kasih

...

Lawatan Kerja Sehari UUM ke Jabatan Bendahari USM

09/09/2013 | 11.00 am - 1.00 pm

Pulau Pinang, 10 September 2013 – Seramai 5 orang delegasi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan lawatan kerja sehari ke Jabatan Bendahari, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 9 September 2013. Delegasi ini diwakili oleh pegawai dan staf dari Unit Aset, Unit Belanjawan dan Pusat Komputer, UUM.

 

Tujuan lawatan kerja sehari yang bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Bendahari, Aras 3 ini adalah untuk membincangkan mengenai Pengurusan Aset Inventori, Pengurusan Belanjawan USM dan Persediaan USM terhadap ...

Jabatan Bendahari, USM Raikan Syawal Dengan Majlis Jamuan Aidilfitri

27/08/2013 | 10.00 am - 11.30 am

Pulau Pinang, 28 Ogos 2013 – Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih terus meriah walaupun hampir menuju akhir Syawal dengan Majlis Rumah Terbuka. Jabatan Bendahari, USM juga turut tidak ketinggalan meneruskan tradisi tahunannya untuk mengadakan Majlis Jamuan Aidilfitri 1434H bertempat di Dewan Persidangan Universiti, USM pada 27 Ogos 2013.

 

Majlis Jamuan Aidilfitri Jabatan Bendahari, Kampus Induk yang diurusetiakan oleh Unit Pengurusan Organisasi dan Pentadbiran dengan kerjasama pelbagai Unit di Jabatan Bendahari berlangsung ...