Selamat Datang ke Laman Sesawang
Jabatan Bendahari Universiti Sains Malaysia

Harapan kami adalah untuk memberikan maklumat yang pantas dan efisyen kepada seluruh warga Universiti termasuk pihak yang berkepentingan dalam memastikan pengurusan kewangan dapat dilaksanakan dengan cekap dan teratur berpandukan undang-undang prosedur dan arahan yang berkuatkuasa.

Pautan sebelah kiri menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Bendahari. Maklumat yang terkandung merupakan maklumat terkini yang turut merangkumi maklumat berkenaan peraturan dan pekeliling yang berkaitan Kewangan Universiti.

AKTIVITI@JBEND

APR 18-20 2016

BENGKEL SOP DAN PROSES KERJA JABATAN BENDAHARI 2016

- BILIK IBN SINA, PUSAT SEJAHTERA

APR 11-13 2016

BENGKEL SOP DAN PROSES KERJA JABATAN BENDAHARI 2016

- LANTAI SENI, KOMPLEKS CAHAYA, BHEPP

APR 6-7 2016

BENGKEL SOP DAN PROSES KERJA JABATAN BENDAHARI 2016

- BILIK IBN SINA, PUSAT SEJAHTERA

BERITA@BENDAHARI

MAJLIS PENGHARGAAN STAF JABATAN BENDAHARI 2015

Georgetown, 05 Ogos 2016 - Majlis Penghargaan Staf telah dianjurkan oleh Jabatan Bendahari bertempat di Balai Pesiban, Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia.  
 
Majlis pada kali ini diselitkan dengan beberapa acara iaitu;-

i.    Majlis Anugerah Perkhidamatan Cemerlang Peringkat Jabatan Bendahari
ii.   Majlis Penyampaian Sijil Bersih Ketua Audit Negara
iii.  Majlis Persaraan Staf
iv.  Majlis Pertukaran Staf

Anugerah dan penyampaian sijil dilakukan sendiri oleh Bendahari, Universiti Sains Malaysia, Dr. Rohayati Mohd Isa. Dalam ucapan, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja Jabatan Bendahari diatas pencapaian yang diterima. Pelbagai cabaran telah dilalui oleh Jabatan Bendahari disepanjang tahun kewangan 2015. Peningkatan volum transaksi kewangan, kekangan sumber manusia dan sistem kewangan berkomputer yang masih belum mantap sepenuhnya. Namun, walau berbagai cabaran dihadapi Jabatan Bendahari tetap berada di kemuncak dengan menerima Sijil Bersih Ketua Audit Negara pada 14 Jun 2016.

Tidak lupa juga kepada staf yang cemerlang dalam perkhidmatan. Mereka turut diraikan dan majlis turut menganugerahkan sijil penghargaan kepada penerima seramai 21 orang mengikut 3 kategori iaitu;-

i.    Anugerah Al-Khattab
ii.   Anugerah Al-Khawarizmi
iii.  Anugerah Al-Qalak

Jabatan Bendahari turut menganugerahkan Anugerah Khas Jabatan Bendahari 2015 kepada Puan T. Neelavathy a/p Thangaveloo. Majlis juga meraikan staf yang akan bersara pada tahun 2016 ini dan staf yang bertukar tempat bertugas ke PTJ lain. Jabatan Bendahari mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja diatas pencapaian yang diterima ini.

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL BERSIH KETUA AUDIT NEGARA

14 Jun 2016, Georgetown - Universiti Sains Malaysia telah menerima Sijil Bersih Ketua Audit Negara Bagi Penyata Kewangan Universiti Sains Malaysia Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2015.

 

Sijil tersebut telah ditandatangani dan diserahkan oleh Y.Bhg. Lt. Kol. (K) Datuk Haji Anwari bin Suri, Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan) Malaysia, pada 14 Jun 2016 selepas berlangsungnya Mesyuarat 'Exit Conference' Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2015 Universiti Sains Malaysia yang telah diadakan di Bilik Persidangan Canselori, Universiti Sains Malaysia.

 

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Jabatan Bendahari.

 

Sumber : Seksyen Perancangan Korporat & Strategik